Main Header

My Wedding Day

| Friday, January 25, 2013

Wahh lamanya tidak BLOG ni dan sekarang baru ada terasa mood nak tulis apa dalam BLOG ini.Mungkin ada teman-teman yang tidak tahu, pada tahun lepas 16 November 2012 saya selamat diijab kabulkan bersama tunang saya. Selama 7 tahun hubungan terjalin akhirnya kami disatukan sebagai sepasang suami isteri. Alhamdulillah sepanjang persiapan serta perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

Pada 16 November 2012, Majlis Akad Nikah berlangsung d kediaman keluarga saya di Kg.Likas dengan bertemakan Biru & Putih. Baju Nikah saya direka oleh Ashniza dr A'Sutra iaitu merupakan salah seorang designer Sabah yang namanya telah dilakar di LONDON dan IFF.
Utk majlis nikah ini, hanya keluarga dan sahabat yang rapat saja yang diundang pada majlis tersebut. Dianggarkan lebih kurang 200 org yang hadir. Kalau diingatkan balik sebelum majlis itu, agak lucu juga sebab rata2 "vendor" spt dr bahagian Kanopi bertanya sapakah pengantin sebab apa tidaknya saya pun sibuk mengurus dan mengatur hal2. Bukan tak der family yg bantu,cuma rasa kepuashatian tu bila tangan sendiri yang melakukan kerja-kerja termasuklah menyapu,memasang carpet, berurusan dengan katering, saguhati dan sebagainya.




Begitu juga dengan Majlis Resepsi pada 18 November 2012. Tapi utk Majlis ini pula dilakukan di Ming Garden Hotel tapi ada juga benda2 yang saya buat.. Masih nak sibuk katakan..hihi..Utk majlis itu pula, kami bertemakan Pink & Purple. Merupakan salah satu my favourite color dan ofcos byk juga warna pink & purple d majlis itu. Baju saya dan suami pula direka oleh Rizman Ruzaini. Beliau turut mereka baju utk majlis yang ke-tiga iaitu Majlis Resepsi di Magellan Sutera Harbour Resort.

Majlis Resepsi yang ketiga dihadiri lebih kurang 700orang dan bertemakan Autumn Color. Warna baju kami ialah berwarna nude color. Mengenai rekaan baju saya pula ada berciri-cirikan Peplum, Kebaya Modern & Off-Shoulder. Bagi menambah keserlahan baju saya,saya meminta A'sutra menambah lagi manik-manik, crystal dan pearl sbb A'sutra terkenal dengan jahitan manik2 yang cantik serta hasil kerja yang halus. Okaylah, utk ini saya share beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis itu ya....sekali dengan video..cuma Majlis di Magellan Sutera Harbour masih dlm proses

Azean + Firdaus Wedding Video
 



Azean + Firdaus Wedding Photo
 


Magellan Sutera Harbour Resort
Artis dari Indonesia " SoulMate"




Pelamin

Menuju ke Pelamin

Nama ini direka oleh Hubby dan Idea dr Wifey..hihi

Wedding card design sendiri daripada my hubby


Wedding Cake

Doorgifts buat tetamu

Lakonan

| Tuesday, September 13, 2011
Assalamualaikum,

Disini sy ingin menceritakan mengenai aktiviti lakonan sy selepas Telemovie Pautan Kasih Rebecca yang telah keudara di TV1 pada bulan lepas. Alhamdulillah lakonan saya pada Pautan Kasih Rebecca mendapat banyak feedback baik daripada kawan-kawan yang telah melihat lakonan saya. Pada 2005 yang lalu, Nada Cinta merupakan lakonan pertama saya utk Telemovie Sabah itu agak hambar sedikit dan saya bersyukur bila saya kembali semula ke bidang lakonan ini saya dapat belajar daripada Pengarah yang cukup di kenali di Malaysia. Saya berkerja dibawah orang-orang yang cukup berpengalaman dan ofcos expectation mereka terlalu tinggi. Bab kena marah tu saya terima sebab saya tau penghayataan saya belum sampai.. Kadang-kadang terasa nak GIVE-UP sahaja tapi ku gagahkan semangat sahaja menerima segala teguran..




Pengarah bagi telemovie Pautan Kasih Rebecca ini ialah abg Jurey Rosli. Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang penerbitan Filem dan TV. Pernah berkhidmat dengan ASTRO selama 5 tahun di syarikat Tayangan Unggul Sdn Bhd. Mempunyai syarikat penerbitan iaitu World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Menerbit dan mengarah lebih 60 buah telemovie dan drama untuk RTM, ASTRO dan TV3.
Pengarah Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006
Telemovie Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006

Bagi Puteri Salamia pula diarahkan oleh abg Yusof Kelana. Drama bersiri 5 episod ini bakal keudara di RTM 1.Berkerja dgn Yusof Kelana paling challenging sekali. Sekiranya skrip tdk sesuai,beliau akan ubah sebelum beberapa mins shoot di ambil..Nah,kelam kabut jua mau menghafal last mins.. Penghayatan paling penting. Mmg sy akui ada penghayatan yg sy tdk sampai apabila tanpa dialog dan cuma menggunakan mimik muka.. Susah betul jua tp alhamdulillah,banyak yang saya belajar daripada beliau. Beliau merupakan pengarah Gerak Khas, Pontianak Menjerit, MX3, Juara, Bayangan Maut.




Watak saya pada drama tersebut sebagai Bonda pada Puteri Salamia.. Puteri Salamia dipegang oleh pelakon Mardiana Alwi.. Baru2 ini telemovie Dendam Sundel Bolong baru saja ditayangkan di Astro. Beliau seorang gadis yang sangat baik dan pengalaman dalam bidang teater dan lakonan.

Saya berharap selepas ini saya perlu bijak memilih watak yang sesuai agar saya tdk lagi perlu membuka tudung. Saya akui saya baru saja memakai hijab pada bulan Mei tahun ini sebelum shooting Pautan Kasih Rebecca lagi. Selepas Pautan Kasih Rebecca saya decide utk memakai tudunglah. Akan tetapi,selepas tu rezeki saya bertambah dan sewaktu pengambaran Rancangan memasak Selera Etnik dan Puteri Salamia sy mengakui saya pilih utk membuka tudung disebabkan beberapa perkara yang tdk dapat dielakkan seperti watak dan pakaian tradisional itu. Insyallah, tudung ini akan terus kekal dan saya berharap janganlah menilai saya dan mengatakan Sekejap Buka, Sekejap Pakai..Sekejap Pakai,Sekejap Buka..
Percayalah,insyallah tudung ini mmg kekal di kepala saya cuma disebabkan semasa CASTING saya belum lagi memakai tudung dan cuma masa lakonan itu saja sy buka..Kalau hendak memana-mana mmgla sy tdk buka.
Kita tahu, tidak ada manusia yang sempurna dan kita janganlah anggap manusia boleh berubah sekelip mati,ia perlukan masa..ia akan ambik masa utk sesorang itu betul2 berubah..yang penting NIAT. dan niat saya hanya pada Allah S.W.T.. Hanya Allah S.W.T yang mengetahui.




PEACE!

Rancangan "Selera Etnik" bakal ke udara di RTM ,TV1

| Sunday, July 24, 2011

Rancangan masakan ini bertumpu di 13 kawasan yang terpilih di seluruh Sabah.

Memaparkan sajian etnik dan sajian Malaysia dari Negeri Di Bawah Bayu ini.

Setiap episod memaparkan pembuka selera,hidangan utama dan pencuci yang disajikan oleh jemputan khas yang berbeza mewakili setiap kawasan yang terpilih.


Lokasi : Sipitang, Kota Belud, Tuaran, Sandakan, Kunak dan beberapa daerah lagi.

Saya, Azean Juzaenty merupakan hos dalam rancangan Selera Etnik yang mengantikkan tempat Ebi Kornelis untuk 3 episod terakhir iaitu di Kg.Matunggong, Kota Klias dan Pulau Mantanani. Ini merupakan kali pertama saya dalam bidang pengacaraan. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki.

Terima kasih kepada Penerbit, Zay Datuk Basalie kerana memberi saya peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan 3 episod terakhir ini.


23 Julai 2011 :Pengambaran Selera Etnik kali ini bersama isteri kpd Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat Tan Seri Pendikar Amin Hj Mulia









22 Julai 2011 :Bersama Ybhg.Datin Sri Panglima Normilah Siong, isteri kpd Yb.Datuk Seri Panglima Hj.Lajim Hj.Ukin di Kota Klias, Beaufort dlm rancangan Selera Etnik








21 Julai 2011 : Tetamu kali ini dalam rancangan Selera Etnik ialah Puan Sundiong Oduzan,iteri kepada Y.B Tuan Sarapin Magana, Kawasan Matunggong. (masih menunggu gambar)


Lusso Esclusivo Pret-a-porter 2011/2012

| Tuesday, July 19, 2011





Make-up by Jason

My Dress from A'Sutra





Muses (i'm one of them)
















 

Copyright © 2010 My Beautiful Life by Shemah Sham (modified from Archel 1.0)