Main Header

Vivienti & Danny Hassan's Reception

| Thursday, January 22, 2009


Congratulations to both of you..!!!
Viv, u look so gorgeous on that nite..!!!
Alamak, my pictures tym kita2 kecik pun ada on ur wedding.wah..thankiu..thankiu..haha..!!!
punya bida me!

Sewakti Viv's reception aku mengenakan sepasang baju batik. Punya lama aku idamkan baju gitu since i saw si Camelia pakai baju daripada Tom Abang Saufi.. ( i wish one day aku nak beli juga baju daripada TOM Abang Saufi).. Nasib baik aku sempat beli semasa di KL.. Sebelum tu baju tu cuma baju biasa dan bersaiz L.. and aku rasa mcm hodoh n too simple pulak.. Yeap, 3 days before reception tu aku sempat bagi tunjuk dgn bob..minta pendapat dia.. Dia juga ckp bahawa baju tu nampak simple.. and i decided tuk ubah baju tu dengan tukang jahit saya.. Nasib baik berjaya juga.. What i did ialah baju tu aku tambahkan ala-ala tali pinggang daripada kain satin dr skirt tu.. Nasib baik juga kain tu panjang boleh juga aku buat ala-ala ada pinggang..sayangnya aku tidak sempat ambik gambar sbelum di ubah..but benny realised baju tu sudah di ubah n look perfecto..!

Graduation

| Saturday, January 10, 2009
Sunday...

Sekarang ini aku sorang jah di dalam Butik.. Iris pula pegi lunch and sasha terpaksa off hari ni sbb dia kena bantu her sister utk cari barang2 hantaran tunang yg kalau tidak silap on 28th ini.. Hari ni pun,customer td lah ramai sangat sebab selalunya weekdays jah yang ramai sini dan sunday lah agak lembab sikit..
Sepatutnya aku ingin siapkan account statement tuk Sueno Ninas tetapi fail2 yang aku patut bawa tertinggal d rumah.. Yang ada cuma 3 pen drive..Pen Drive pertama aku ialah sewaktu aku masih berkerja di Firma Guaman.. Kedua, aku beli utk menyimpan maklumat Sueno Ninas dan pen drive ketiga yang aku terima ialah daripada Auto Bavaria,dimana seewaktu Grand Opening aku dapat invitation utk hadir ke Majlis Perasmian Auto Bavaria BMW.. Jd aku pun tgklah isi2 pen drive ku yang pertama..Boleh tahan jua..Banyak pula aku save disitu termasuk kertas kerja aku mengenai Lesen Pengangkutan utk Airport Taxi Limo, account Ceraspadu S.B dan juga Acc Legal Firm tempat kerja lama aku... dan selain itu terdapat juga gambar2 lama yang aku masih simpan disitu. Yang menarik perhatian aku selain gambar aku semasa Gemuk ialah sewaktu Convocation.. Itu masih aku tdk dapat lupa..

Apa yang istimewa selain mendapat scroll ialah orang-orang yang aku sayang hadir pada Majlis Konvokesyen aku.. nasib baik juga aku convo pada hari/bulan/tahun yang sama..Jimat jua kos ke KL and terasa jua semangat tu.. Selalunya setiap penerima ijazah hanya dibenarkan untuk membawa 2 orang sahaja.. Disebabkan aku dan ana menerima ijazah di hari yang sama, jadi mengikut protokol seseorang penerima hanya boleh membawa 4 orang tetapi TIDAK pada kami.. Kami dapat membawa 6 orang kedalam DEWAN untuk menyaksikan hari bersejarah dan hari bermakna pada orang tua kami..iaitu mama, bapa, datuk, nenek, popop iaitu adik bongsu dan juga iaitu kekasih ku (chewah) iaitu Bob.. Tetapi sayangnya nenek tidak dapat ikut sama ke majlis itu sebab keadaan dia yang tidak mengizinkan dan aku pun berharap anak aku, Daniel dapat turut serta tetapi apakan daya, budak 12thn tidak dibenarkan masuk...

Okay, kenapa saya dapat membawa lebih drpd 4 org??Ini disebabkan atas bantuan Professor saya iaitu Prof Dr Mornie Kambrie iaitu merupakan CEO Unitar Sabah.. Saya ingat lagi, sebelum majlis itu bermula..Dia sibuk sudah menghubungi saya dan parents saya..Parent, popop n datuk sampai awal daripada kami.. Apa lagi kelam kabutlah juga.. Tapi nasib baik kami sampai sebelum waktunya..
Prof awal-awal lagi dah tunggu diluar pintu utk menjemput dan membawa keluarga saya ketempat duduk iaitu di BARISAN KEDUA daripada depan..mama pula malu sbb hanya mereka sahaja yang berada di hadapan.. Ibu bapa yang lain pula duduk dibelakang tempat yang telah disediakan utk Ibu Bapa yang lain...

Suasana menerima scroll mmg tdk blh dilupakan.. Lebih-lebih lagi suasana riuh rendah di luar dewan cukup meriah dengan beratusan yang menerima scroll itu jgn ckplah..Pening juga cos ramai sangat di luar..blh jadi sesat.. sudahlah HP tdk dibenarkan bawa ke dlm dewan..Parah juga mencari keluarga di antara ratusan/ ribu orang yang hadir..

Saya yakin sesiapa pun boleh mendapat pertolongan, layanan dan apa saja seperti ini sekiranya kita telah membuat sesuatu yang baik pada Universiti..Saya bukanlah seorang yang sampai mengharumkan nama negara or menerima apa2 anugerah tetapi mungkin disebabkan saya seorang yang aktif d UNIVERSITI, memegang beberapa jawatan penting dan temasuk Majlis Perwakilan Mahasiswa selama 3 Tahun dan mempunyai hubungan baik dgn lecturer n kakitangan Uni.. Saya yakin sesiapa pun boleh seperti saya.. Yeap, Duffy pun penah mendapat layanan dan pengalaman seperti saya daripada Prof Dr Mornie...
Mmg pengalaman ini cukup indah dan saat-sat itu tidak dapat dilupakan.

Bak Pepatah Melayu Mengatakan "BUAT BAIK DI BALAS BAIK".




Sempat lagi bergambar dalam dewan.. Dibelakang tu adalah lecturer2 kalau tdk silap saya... Tgklah barisan keluarga saya,byk sangat ruang yang kosong..



Im so happy cos dia pun hadir :)... Dia ni mesti dah serius ni..hehehe

Posing maut.. Masing-masing pun dapat bunga..hehe..Bunga sy pegang dari Syg saya.. Thanks sayang..!!! Tdk pernah2 bagi bunga.. Akhirnya dapat juga..hehe.. Thanks to papa n mama cos bagi saya patung tu juga..hehe

Sueno De Cafe

| Thursday, January 8, 2009

Berita Baik..

Kini Sueno De Cafe telah dibuka... Ini merupakan perniagaan yang ketiga bagi saya.. Saya berharap Sueno De Cafe ini akan lebih maju lagi. Sueno De Cafe ini tidaklah besar sangat dan kami mengamalkan konsep take-away. Ia merupakan Cafe kecil-kecilan yang dimajukan oleh saya, Sasha dan juga adik saya, Ana. Kami menyediakan lpelbagai aneka makanan termasuk lauk-pauk(masak sedia dari rumah) yang dimasak oleh Sasha dan Ana, manakala saya pula menyediakan minuman, cakes,muffin dan pasta.. Saya berharap kami dapat mengembangkan lagi cafe ini di masa depan.. Insyallah...


So, saya pun sibuklah membuat publisiti untuk Sueno Ninas & Sueno De Cafe agar ramai lagi akan berkunjung ke Butik dan Cafe kami :) Hari ni kami akan mengedar flyers ni...

Cuba lihat flyers di bawah ni yang saya buat ni..??

boleh-bolehlah kan... hehehe

My Bestfriend's Wedding

| Wednesday, January 7, 2009
Pada 27.12.2008, Vivienti yang merupakan kawan saya semenjak dari bangku sekolah telah selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan dia iaitu Danial Onn. Tidak sangka viv telah berkawin kerana saya masih ingat kami berkawan pada tahun 1992/1993.Dimana kami bersama-sama pernah membuat persembahan seperti Tarian Rap dan pernah memenangi tarian tradisional.. Selain itu, saya selalu berkunjung kerumahnya dan bermain skateboard dibelakang bukit rumah dia..haha..!! lucu kalau di ingat balik kisah silam.. Selepas itu,dia terpaksa mengikuti keluarganya ke England dan kalau tdk silap saya mummy dia further study di Oxford University. Selama dia berada di England 4-5thn, kami masih tetap berkawan dan im very proud of her sebab dia tidak pernah sesekali lupa kami dan syukur alhamdulillah hubungan persahabatan itu masih sehingga hari ini..Thank Q Viv & Roxy..!!!

Viv sempat datang ke butik beberapa hari sebelum wedding..!Lihatlah dua org adik beradik ni..They're so gorgeous..!
Inilah gambar pengantin n i shud put our old pictures tym kamiorang kecik2..haha..!!!

Sueno Ninas Boutique

| Tuesday, January 6, 2009

Alhamdulillah akhirnya segalanya berjalan dengan lancar...Dapat juga aku buka butik bersama-sama dengan Sasha yang merupakan kawan rapat aku..
Tidak pernah terfikir dan terlintas untuk membuka butik ini sebab rancangan pertama kami ialah ingin membuka syarikat transportation.Pada waktu tu iaitu pada bulan July 2008, kami mendapat tahu LPKP ingin membuka tender bagi permit Airport Limosin Transportation..Apa lagi,kelam kabutlah dibuatnya..mana mahu utk buka syarikat..Utk buka SDN BHD ni bukanlah semudah ENTERPRISE..SDN BHD mengambil masa sebulan dua.Padahal kami perlu ada company secepat mungkin.. Nasib baik pada masa itu teman lelaki saya iaitu Firdaus Sauffi membenarkan saya dan sasha menjadi Shareholder dan Director Ceraspadu Sdn Bhd setelah saya mengutarakan cadangan untuk menjadi Director serta Shareholder utk syarikat itu bagi memudahkan kami mendapat permit daripada LPKP...Selain itu, dia juga berpengalaman lebih luas dan kami perlukan leader untuk memimpin kami...

Pemprosesan ini bukanlah mudah kerana ia mengambil masa berbulan2 untuk diproses dan terpaksa menjalani temuduga serta proses penapisan.Pendek cerita...Alhamdulillah, dijangka pada bulan July 2009 barulah kami dapat beroperasi(daripada 3 permit yang dipohon cuma 2 sahaja diluluskan)

So,semasa saya masih berkerja di Firma Guaman sebagai Accountant sy pun busylah buat alternantive lain cari bagaimana utk mendapatkan extra $$$ sebab pada masa Gaji saya cuma RM1100.00(EPF pun tdk ada)dan bagi saya ia tdk mencukupi kerana saya mempunyai seorang anak dan saya mempunyai azam dan kemahuan yang sangat tinggi..Selain itu, saya juga sukakan kerja yang lebih mencabar.. Lain cerita, mengapa saya katakan RM1100 tdk cukup kerana saya terpaksa membayar parking RM28.00 sehari, Makan minum lagi dan lain2..Saya pun mau shopping jua, blh beli keperluan sendiri and menolong mengurangkan beban kedua orang tua saya seperti membyr bil2 d rumah.

So,semasa saya sibuk buat kerja lain pada masa itu juga terdapat conflict dalaman diantara bos-bos saya,apa lagi saya pun buatlah Online Business-Modish d FB..
(Rasa-rasanya buka butik ini bermula daripada situlah...)Btw, semasa saya buat online shopping ni blh tahan jugala respond dari mereka...So,sy fikir better lagi buka Butik terus and pada masa itu saya sangat gilakan Kim Kardashian dan selalu berharap untuk buka butik seperti dia dan oleh sebab itulah kami juga merupakan Model sebab ia datang daripada Kim .So,one day tu saya dan Sasha telah berbincang dan kami pun setuju untuk membuka butik bersama..Lagipun,semasa di Legal Firm,kami mmg kerja di tempat sama dan dia merupakan PA pada Bos saya pada masa itu.. Tanpa membuang masa, kami pun mengumpul segala maklumat dan bertanya pada kawan-kawan yang pernah buka butik ni..Nasib baik mereka tdk kedekut ilmu..dari A-Z segala2nya dia beritahu terutamanya pada Cheryl@Girl..!Girl, Thanks for the information

Untuk buka butik ni tdk lah ambik proses yang lama...Dalam sebulan lebih selesai segalanya termasuk Tempat,Renovation,Stock dan lain-lain.. Cepat dan Cekap..!! Pepatah melayu mengatakan"Dimana ada kemahuan disitu ada jalan".

Terima Kasih tdk terhingga juga buat Teman Lelaki saya, Bob kerana interior design dan concept yang dia buat sangat exclusive..ramai yang menyangka Owner Sueno Ninas ni daripada KL...!haha..padahal orang Sabah bah...Saya masih ingat lagi semasa renovation dijalankan, saya tidak dibenarkan untuk melihat butik tu..Utk lalu depan butik pun,jgn HARAP..!!Bob hanya benarkan bila sudah siap sahaja sebab katanya dia ingin membuatsurprise..MMG IT WAS SUPRISED..!!Cantik gila..Hasil kerja dia sangat memuaskan... (cuba tgk gmbr-gmbr di bawah,cantik kan??hehe)
Nama Sueno Ninas pula saya dapat dengan meng"translate"daripada Bahasa Inggeris ke Spanish..bermacam2 juga saya perolehi dan kebanyakkannya nama tersebut sudah sedia ada.. nasib baiklah Sueno Ninas ni belum sesiapa yang guna..maksud sueno ninas ni ialah Dream Girls...Kami berharap akan dapat membuka lagi cawangan di tempat lain..itu target saya..!!







 

Copyright © 2010 My Beautiful Life by Shemah Sham (modified from Archel 1.0)