Main Header

Acoustic Soul Jam

| Saturday, March 19, 2011








* bersambung k

SINGAPURA

|



Lamanya tidak update blog ni.. hampir ja aku mau delete blog ni gara2 jarang meng-update. Okaylah,nanti perlahan2lah aku akan update apa yg telah berlaku sepanjang ini. Pada 7hb Februari aku dan bffku Vivienti telah pergi ke Singapore utk menonton Konsert Janet Jackson...Sebenarnya plan ni bukanlah di rancang.Beberapa hari sebelum konsert,baru saya setuju ikut Viv ke Konsert Janet Jackson ni.. Seperti biasalah,kalau mau pergi mana2 mesti last minute ja plan ni..

Okay dipendekkan cerita, kami berada di Singapore cuma 4 hari 3 malam.. dan ia merupakan kali pertama sy menjejakkan kaki ke negara tu.. Best gilak! Tidak pernah saya rasa sebest ni di negara2 lain..

Kami menaiki SilkAir ke Singapore pada jam 12 tghari, 7hb Feb.. Ia mengambil masa 2jam saja. Sampai jah di Singapore sy agak teruja sebab keadaan Airport dari toilet pun dah bersih.. Bila keluar ja utk dapatkan cab..Mak oiiii.... mmg tersusun rapi..driver yg datang terus ke parking yg disediakan tempat mengambil penumpang. Bukan tu ja,taxi driver terus kuar daripada kereta dan menyambut penumpang.. wah...!bukankah diri ini terasa kedatangan ini dialu2kan?hehe...

Sesudah itu,kami terus ke Orchard Hotel..Sampai jah di hotel tu,kami pun kemaslah barang2 kami seperti toiletries,pakaian,kasut,handbags... Tepat jam 6pm kami kena berada di Lobby kerana taxi limosin yg Siti dan Aiman sewa akan mengambil kami around dat tym...Owh ya, Siti, Aiman antara teman2 kami yg turut serta menonton konsert Janet Jackson ni...
Perjalanan ke Indoor Stadium agak sesak.. Nasib baiklah kami tdk lewat masuk ke Stadium itu...Artis yg sy sempat terserempak ialah Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K.. Sampai sekarang menyesal sebab tidak mengambil gambar beliau..arghhh...bukan selalunya blh jumpa...iskk..insyallah satu hari nanti,kalau ada peluang akan sy guna sebaik mungkin.. Tulah malu2..sapa suruh..skrg diri sendiri yang rugi...argghhh!
Konsert Janet Jackson ini tidaklah menghampakan.. biarpun,saya bukan peminat no.1 janet tapi saya tahu beberapa lagu FAMOUS dia! opsss..lupa pula bgtahu yg kami duduk row 18.. boleh kira dekat jugalah tapi kalau tgk dari gmbr rasanya mcm jauh tp sebenarnya tidak.. Kami berharap dapat duduk paling depan sebab harga tiket yang kami beli sama harga sebenarnya tp apa blh buat bukan rezeki kami...hehehe...

Berbalik pada persembahan Janet Jackson mmglah tidak menghampakan.. mmg best gilerrrrr! Mula2 aku agak rimas sikit sebab ramai orang tapi lama kelamaan aku terus tdk peduli sdh org sekeliling..Bukan lupa dunia,masih lagi ingat dunia.. Aku sempat menari dan menyanyi.. argghhh.teda siapa peduli sebab semua orang pun sibuk bergumbira..hehehe...
***********************************************************************************

8hb Februari- Aku bangun jam 9am dan seperti hari biasa aku buat exercise.. jadi tdk kisahlah dimana ja aku berada,senaman mesti diutamakan..kalau di KK,mmg aku jogging dah awal pagi. Kali ini aku ke GYM,dah hotel ada GYM..takkan aku berjogging di Orchard Road..haha... ada karang aku sesat..hehe...just kiddin...Well, aku ambik satu jam berada di GYM buat RPM,angkat berat etc.. Segar bugar aku lepas tu...haha!



Tghari pula aku,viv,aiman,siti dan kawan siti lunch di salah sebuah shopping mall...aiskkk...lupa pula sdh aku nama tempat tu... Hari tu aku ndak dapat buat byk aktiviti sebab aku kurang sihat..hanya mampu ke Marina Bay Sand dan high tea berdekatan dengan hotel saja.. aku tidur jam 6pm dan bangun jam 10pm.. Pada mulanya perancangan viv ialah mau bawa aku ke Orchard Road..tapi disebabkan aku terlalu penat dan kurang sihat dia pun ndak lah berani utk bangunkan aku.. tapi bila dah bangun jam 10PM dan agak segar sikit..aku dan viv pun guna masa kami sebaik mungkin masa kami d Spore...tidaklah menakutkan bila berjalan2 d sana.. best,tenang dan mcm2lah ba perasaan ni...
***************************************************************************************

9hb Februari- UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
Yg ni aku tidak perlu cerita panjang k. Silalah tgk gmbr2 ni ;)







 

Copyright © 2010 My Beautiful Life by Shemah Sham (modified from Archel 1.0)