Main Header

Lakonan

| Tuesday, September 13, 2011
Assalamualaikum,

Disini sy ingin menceritakan mengenai aktiviti lakonan sy selepas Telemovie Pautan Kasih Rebecca yang telah keudara di TV1 pada bulan lepas. Alhamdulillah lakonan saya pada Pautan Kasih Rebecca mendapat banyak feedback baik daripada kawan-kawan yang telah melihat lakonan saya. Pada 2005 yang lalu, Nada Cinta merupakan lakonan pertama saya utk Telemovie Sabah itu agak hambar sedikit dan saya bersyukur bila saya kembali semula ke bidang lakonan ini saya dapat belajar daripada Pengarah yang cukup di kenali di Malaysia. Saya berkerja dibawah orang-orang yang cukup berpengalaman dan ofcos expectation mereka terlalu tinggi. Bab kena marah tu saya terima sebab saya tau penghayataan saya belum sampai.. Kadang-kadang terasa nak GIVE-UP sahaja tapi ku gagahkan semangat sahaja menerima segala teguran..




Pengarah bagi telemovie Pautan Kasih Rebecca ini ialah abg Jurey Rosli. Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang penerbitan Filem dan TV. Pernah berkhidmat dengan ASTRO selama 5 tahun di syarikat Tayangan Unggul Sdn Bhd. Mempunyai syarikat penerbitan iaitu World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Menerbit dan mengarah lebih 60 buah telemovie dan drama untuk RTM, ASTRO dan TV3.
Pengarah Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006
Telemovie Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2006

Bagi Puteri Salamia pula diarahkan oleh abg Yusof Kelana. Drama bersiri 5 episod ini bakal keudara di RTM 1.Berkerja dgn Yusof Kelana paling challenging sekali. Sekiranya skrip tdk sesuai,beliau akan ubah sebelum beberapa mins shoot di ambil..Nah,kelam kabut jua mau menghafal last mins.. Penghayatan paling penting. Mmg sy akui ada penghayatan yg sy tdk sampai apabila tanpa dialog dan cuma menggunakan mimik muka.. Susah betul jua tp alhamdulillah,banyak yang saya belajar daripada beliau. Beliau merupakan pengarah Gerak Khas, Pontianak Menjerit, MX3, Juara, Bayangan Maut.




Watak saya pada drama tersebut sebagai Bonda pada Puteri Salamia.. Puteri Salamia dipegang oleh pelakon Mardiana Alwi.. Baru2 ini telemovie Dendam Sundel Bolong baru saja ditayangkan di Astro. Beliau seorang gadis yang sangat baik dan pengalaman dalam bidang teater dan lakonan.

Saya berharap selepas ini saya perlu bijak memilih watak yang sesuai agar saya tdk lagi perlu membuka tudung. Saya akui saya baru saja memakai hijab pada bulan Mei tahun ini sebelum shooting Pautan Kasih Rebecca lagi. Selepas Pautan Kasih Rebecca saya decide utk memakai tudunglah. Akan tetapi,selepas tu rezeki saya bertambah dan sewaktu pengambaran Rancangan memasak Selera Etnik dan Puteri Salamia sy mengakui saya pilih utk membuka tudung disebabkan beberapa perkara yang tdk dapat dielakkan seperti watak dan pakaian tradisional itu. Insyallah, tudung ini akan terus kekal dan saya berharap janganlah menilai saya dan mengatakan Sekejap Buka, Sekejap Pakai..Sekejap Pakai,Sekejap Buka..
Percayalah,insyallah tudung ini mmg kekal di kepala saya cuma disebabkan semasa CASTING saya belum lagi memakai tudung dan cuma masa lakonan itu saja sy buka..Kalau hendak memana-mana mmgla sy tdk buka.
Kita tahu, tidak ada manusia yang sempurna dan kita janganlah anggap manusia boleh berubah sekelip mati,ia perlukan masa..ia akan ambik masa utk sesorang itu betul2 berubah..yang penting NIAT. dan niat saya hanya pada Allah S.W.T.. Hanya Allah S.W.T yang mengetahui.




PEACE!
 

Copyright © 2010 My Beautiful Life by Shemah Sham (modified from Archel 1.0)