

Baru-baru ini saya dan Ratna ditemuramah oleh seorang wartawan Daily Express untuk mendapatkan Info/ mengetahui lebih mengenai Hijabers Community Sabah ini utk dimuatkan di dalam artikel Bicara Hawa.
Pada hari ini, 27 Oktober 2011 hasil temu-ramah ini telah pun dikeluarkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah beli DAILY EXPRESS =).
HCS sebenarnya di inspirasikan daripada komuniti Indonesia dimana, ia memfokuskan kepada wanita muslimah yang berumur daripada 18 tahun sehingga 45tahun akan tetapi penyertaan utk menjadi ahli hijabers adalah terbuka kepada semua muslimah. Komuniti yang baru saja ditubuhkan pada 20 Oktober 2011 lalu,kini mempunyai 12 Cawangan. Ia ditubuhkan khas untuk kaum hawa yang bertudung, bagi mereka yang tidak bertudung, mereka dialu-alukan untuk turut serta akan tetapi diwajibkan bertudung apabila mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan oleh HCS.
HCS berbeza daripada NGO yang lain.Ia sebuah badan baru yang ingin memperkenalkan cara baru dalam menarik kaum muslimah mendekati Islam didalam arus permodenan. Seperti yang kita ketahui,wanita cukup gemar dengan Fesyen dan Kecantikan. Oleh sebab itu,ia akan menjadi aktiviti utama dalam HCS ini. Dengan mengadakan kelas-kelas menarik seperti Kelas Hijab,Kelas Mekap serta Fesyen Muslimah ia dapat menarik lebih ramai wanita muslimah utk turut serta bersama HCS.
Walaubagaimanapun, HCS tetap menekankan aktiviti keagamaan spt mengadakan kelas agama, ceramah,mengaji dan sebagainya serta mengadakan aktiviti kebajikan seperti melawat rumah orang tua, anak yatim dan lain-lain. Setakat ini bukan kaum muslimah saja meminati program yang dianjurkan HCS ini tetapi turut diminati oleh wanita yang bukan beragama Islam. Ini terbukti apabila kami menganjurkan kelas solat pada hari sabtu yang lalu,kami menerima penyertaan daripada wanita yang bukan beragama islam yang meminati utk mempelajari Islam.
Bercerita mengenai bagaimana saya dan Ratna boleh mewujudkan komuniti ini. Sebenarnya kami tertarik cara pendekatan islam yang dilakukan daripada Negara jiran iaitu Indonesia. Ia ditubuhkan oleh sekumpulan golangan muda yang berumur diantara 20an dan lewat 30an dan salah seorang daripadanya ialah Pereka Fesyen Busana Muslim yang terkenal di Indonesia. Disebabkan cara yang mereka lakukan,menarik perhatian saya utk mewujudkan komuniti seperti begitu di sini,maka saya pun terus menyokong pendapat Ratna utk mewujudkan Komuniti itu disini dan mendapat banyak sokongan daripada wanita muslim. Kami memperkenalkan HIJABERS COMMUNITY SABAH ini melalui FB, Twitter dan Blog. Dalam hanya beberapa minggu saja,kami telah mencecah ratusan orang dari seluruh daerah di Negeri Sabah ini. Maka kami pun bersetuju utk mendaftarkan HCS dan kini HCS menjadi salah sebuah ahli badan NGO yang berdaftar pada 20 Oktober 2011.
Alhamdulillah, sepanjang proses pendaftaran ia berjalan dengan lancar.Bagi saya,utk mewujudkan komuniti ini adalah perkara yang senang tetapi bukan MUDAH untuk diterima oleh segelintir masyarakat. Saya terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan negatif dan terdapat juga sikap segelintir orang yang tdk boleh menerima perubahan ini. Cara pendekatan yang kami bawa berbeza kerana kami menarik muslimah melalui Fesyen kerana aktiviti pertama yang kami lakukan adalah melalui sesi Photoshoot serta "Raya Gathering" dimana kita boleh melihat pelbagai fesyen yang dikenakan oleh para Hijabers..
Saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Kami dilahirkan dalam suasana Islam kerana bapa saya merupakan AJK Masjid biarpun dahulunya ayah saya seorang Mualaf. Akan tetapi,saya seorang yang tidak berminat utk mempelajari Agama Islam kerana saya terlalu leka dengan Duniawi semata-mata. Saya jarang mengerjakan solat serta mengaji pun belum kataam biarpun dah belajar sehingga Al-Quran. Kali terakhir saya mengaji ialah 10 tahun yang lalu. Sewaktu saya membesar,banyak perkara yang berlaku..Antaranya pengaruh persekitaran, pengaruh TV..Saya gemar menonton rancangan hiburan terutamanya dari barat dan juga meminati cara pemakaian mereka. Ibu saya selalu menyuruh saya solat dan bagi saya ia suatu perkara yang melecehkan. Selain bersekolah kebangsaan,saya juga bersekolah di Sekolah Ugama Islam akan tetapi hati saya tidak berminat untuk belajar kerana mungkin cara pengajaran membuatkan saya cepat bosan dan tdk dapat mengambil perhatian.
Sewaktu di sekolah menengah, saya merupakan ahli sukan yang aktif. Pelbagai acara sukan yang saya ikuti seperti acara balapan dan juga merupakan ahli hoki sekolah. Saya teringat waktu dulu, saya pernah memakai seluar yang sangat pendek sewaktu mengikuti latihan sukan sehingga menampakkan paha saya. Ibu saya sangat marah sejak dari situ saya tdk berani utk memakai lagi didepan ibubapa saya. Kalau mau berpakaian seksi, saya akan membawa cardigans ataupun mencari baju lain utk "cover" baju saya tu.
Selepas SPM saya belajar di Kuala Lumpur, kehidupan di situ amat berbeza daripada Sabah. Di sebabkan saya jauh daripada keluarga saya berani mengenakan jeans"low cut", baju yang menampakkan pusat dan ketiak dan juga berani mengenakan dress pendek. Saya juga kadang kala berkunjung ke kelab malam bersama kawan-kawan kerana ingin merasai kehidupan yang moden & metropolitan. Saya bergaul ramai jenis orang termasuklah artis-artis kerana pada ketika itu,sy bukan saja sebagai pelajar tetapi sebagai Part-Time Model.
Saya terlalu obses dengan fesyen dan ingin sentiasa ingin nampak cantik sehinggakan saya pernah membeli rambut palsu dan extension rambut. Bukan rambut saja,malah saya pernah membuat extension bulu mata.Tidak tahu berapa lama saya tidak boleh mendirikan sembahyang kerana memakai benda2 itu. Sebab apabila kita memakai extension tidak kira rambut atau bulu mata, sembahyang kita tdk diterima..
Percayalah apa yang saya lakukan ini suatu yang ikhlas dan didalam HCS ini saya juga ingin belajar dan masih belajar..Ia tidak pernah mematahkan semangat walaupun saya pernah berbuat dosa dahulu dan kini saya ingin mengajak muslimah serta anak-anak muda khususnya utk turut serta didalam aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Komuniti Hijab ini kerana Islam merupakan suatu agama yang Indah.


















2 comments:
syukur..
alhamdullilah..
di mana ada kemahuan.. pasti ada jalannya..
salute dengan apa yang kau buat sekarang..
aku kagum dengan semua perubahan yang kau buat sekarang..
nampak drastik..
tapi nampak kau bersungguh-sungguh..
kalau kita mengusahakan benda yang baik.. pasti dipelihara oleh-Nya..
syukur yan.. :)
ohh my God azean....sungguh memberi inspirasi kisah mu ini...............hope kerja baik kita akan dibalas dengan kebaikan juga..pedulilah orang negatif di luar sana......terima kasih sebab menubuhkan hcs ni......
Post a Comment
Thank You for your comment :)