Main Header

My Wedding Day

| Friday, January 25, 2013

Wahh lamanya tidak BLOG ni dan sekarang baru ada terasa mood nak tulis apa dalam BLOG ini.Mungkin ada teman-teman yang tidak tahu, pada tahun lepas 16 November 2012 saya selamat diijab kabulkan bersama tunang saya. Selama 7 tahun hubungan terjalin akhirnya kami disatukan sebagai sepasang suami isteri. Alhamdulillah sepanjang persiapan serta perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

Pada 16 November 2012, Majlis Akad Nikah berlangsung d kediaman keluarga saya di Kg.Likas dengan bertemakan Biru & Putih. Baju Nikah saya direka oleh Ashniza dr A'Sutra iaitu merupakan salah seorang designer Sabah yang namanya telah dilakar di LONDON dan IFF.
Utk majlis nikah ini, hanya keluarga dan sahabat yang rapat saja yang diundang pada majlis tersebut. Dianggarkan lebih kurang 200 org yang hadir. Kalau diingatkan balik sebelum majlis itu, agak lucu juga sebab rata2 "vendor" spt dr bahagian Kanopi bertanya sapakah pengantin sebab apa tidaknya saya pun sibuk mengurus dan mengatur hal2. Bukan tak der family yg bantu,cuma rasa kepuashatian tu bila tangan sendiri yang melakukan kerja-kerja termasuklah menyapu,memasang carpet, berurusan dengan katering, saguhati dan sebagainya.




Begitu juga dengan Majlis Resepsi pada 18 November 2012. Tapi utk Majlis ini pula dilakukan di Ming Garden Hotel tapi ada juga benda2 yang saya buat.. Masih nak sibuk katakan..hihi..Utk majlis itu pula, kami bertemakan Pink & Purple. Merupakan salah satu my favourite color dan ofcos byk juga warna pink & purple d majlis itu. Baju saya dan suami pula direka oleh Rizman Ruzaini. Beliau turut mereka baju utk majlis yang ke-tiga iaitu Majlis Resepsi di Magellan Sutera Harbour Resort.

Majlis Resepsi yang ketiga dihadiri lebih kurang 700orang dan bertemakan Autumn Color. Warna baju kami ialah berwarna nude color. Mengenai rekaan baju saya pula ada berciri-cirikan Peplum, Kebaya Modern & Off-Shoulder. Bagi menambah keserlahan baju saya,saya meminta A'sutra menambah lagi manik-manik, crystal dan pearl sbb A'sutra terkenal dengan jahitan manik2 yang cantik serta hasil kerja yang halus. Okaylah, utk ini saya share beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis itu ya....sekali dengan video..cuma Majlis di Magellan Sutera Harbour masih dlm proses

Azean + Firdaus Wedding Video
 



Azean + Firdaus Wedding Photo
 


Magellan Sutera Harbour Resort
Artis dari Indonesia " SoulMate"




Pelamin

Menuju ke Pelamin

Nama ini direka oleh Hubby dan Idea dr Wifey..hihi

Wedding card design sendiri daripada my hubby


Wedding Cake

Doorgifts buat tetamu

0 comments:

Post a Comment

Thank You for your comment :)

 

Copyright © 2010 My Beautiful Life by Shemah Sham (modified from Archel 1.0)